Thursday, 29 October 2015

AUSTRALIA???



YA,DARI AUSTRALIA...
KAMI BAWAKAN KHAS PENYOKONG KEMPEN DENGUE PATROL SK TAMAN SEROJA, SEPANG DARI UNIVERSITY OF QUEENSLAND, AUSTRALIA.


TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG KAMI WALAUPUN DARI JAUH...




Wednesday, 28 October 2015

CARA-CARA PENYEDIAAN JUS BETIK UNTUK PESAKIT DEMAM DENGGI

MARI KITA SAKSIKAN CARA-CARA PENYEDIAAN JUS BETIK...


PERTANDINGAN MEWARNA DENGUE PATROL SEMPENA KARNIVAL SEMARAK BESTARI BAHASA




Pertandingan mewarna Denggi ini merupakan satu slot daripada aktiviti dalam Karnival Semarak Bahasa Bestari Bahasa. Pertandingan mewarna ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepentingan membasmi Denggi dan menjaga kebersihan kawasan sekitar samada di rumah ataupun kawasan sekolah.



PENYELARAS UNIT DENGGI SEDANG MEMBERI TAKLIMAT KEPADA MURID-MURID...


GURU - GURU SEDANG MEMBANTU MENGAWAL DISIPLIN MURID...


MURID-MURID TEKUN MENDENGAR TAKLIMAT...


MURID - MURID SEDANG TEKUN MEWARNA POSTER

NAK WARNA MACAM MANA NI?????

KHUSYUK DAN TEKUN MURID INI......

CANTIK TAK SAYA WARNA??

BILA NAK SIAP NI???
ASYIK BORAK JE....OPPSSS..



JENG...JENG...JENG....
INILAH PEMENANGNYA...SETELAH DIPERSETUJUI


MURID INI MEMANG LAYAK JADI PEMENANG KERANA KREATIVITI BELIAU MENGHASILKAN POSTER ATAS IDEA SENDIRI

TENGOK TU, SIAP ADA SAMPAH SARAP DAN AIR BERTAKUNG LAGI...
KITARAN HIDUP NYAMUK DAN BENDERA MEMBANTERAS AEDES PUN DIMASUKKAN SEKALI..



Tuesday, 27 October 2015

SOKONGAN PADU ORANG RAMAI

INI ADALAH ANTARA VIDEO-VIDEO YANG DIRAKAMKAN OLEH SQUAD DENGGI...



MURID SK TAMAN SEROJA







Monday, 26 October 2015

BILA NYAMUK BERAKSI

Nantikan sedikit waktu lagi kemunculan 'serangan nyamuk comel' yang telah dirakamkan. 

Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk yang sedang mengeditnya (bukan admin, tetapi ada seseorang dalam kalangan 'likers' di sini yang sudi membantu kami)


Tunggguuuuu.......

Sunday, 25 October 2015

SEANTERO DUNIA MENYOKONG USAHA KAMI....TERIMA KASIH..


KAMI MENDAPAT SOKONGAN BUKAN SAHAJA DARI DALAM MALAYSIA...
MALAH DARI LUAR NEGARA...





PELAJAR - PELAJAR DARI UNIVERSITI AL AZHAR MESIR....


LIFE DARI DALAM KLINIK.....

TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG KAMI....

TETAP MENYOKONG WALAU DARI JAUH....


ALEXANDRIA....

Saturday, 24 October 2015

GURU SKTS BERKEMPEN DENGGI

Back dated semasa penutupan sekolah akibat jerebu. Sambil-sambil cikgu-cikgu kita selesaikan tugasan persiapan Karnival Semarak Bestari Bahasa, sempat juga mereka berkempen. Memang itulah budaya mereka, walau pun beberapa program mega berjalan pada masa yang sama, masing-masing saling sokong meyokong demi kecemerlangan sekolah.




Friday, 23 October 2015

SITU SANA SINI

SEMASA PERKHEMAHAN PUN BOLEH......



PELAJAR - PELAJAR UIAM


SOKONGAN DAI'E


SMART TAILOR GROUP


CREW SAUDI AIR


ALUMNI SK TAMAN SEROJA


IPD DAERAH SEPANG


Thursday, 22 October 2015

Jus Pucuk Betik dalam Rawatan Denggi

Info dan Jus Pucuk Betik dalam Rawatan Denggi

Sekarang ni kes demam denggi semakin meningkat, pasti ramai yang akan mencari petua atau tips untuk merawat demam denggi. Antara penawar demam denggi yang selalu orang sebut, minum air 100 plus ataupun minum sup ketam. Apa itu Demam Denggi? Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa


Jus Pucuk Betik dalam Rawatan Denggi

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Kaedah:
Ambil 2 helai daun betik segar yang baru dipetik (seperti dalam gambar di atas/tidak perlu ambil yang pucuk/terlalu tua).
Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan carikkan bahagian daun sahaja.
Basuh daun dengan bersih, kemudian tumbukkan daun tersebut sehingga lumat/berair.
Perahkan jus daun betik yang telah ditumbuk tadi sehingga dapat sekurang-kurangnya 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik.
Jangan didihkan/larutkan dengan air jus tersebut.
Minum 2 kali sehari (pagi dan petang) sebanyak 2 sudu makan jus/ekstrak daun betik. Pastikan setiap kali nak minum baru buat jus tersebut.
Jangan minum air selepas minum ekstrak daun betik tersebut. Rasanya sangat pahit, namun kebiasaannya yang pahit itulah penawar, kan?!

PUCUK BETIK


Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Malaysia telah melakukan kajian klinikal dan mendapati khasiat jus daun betik dapat membantu bagi merawat pesakit denggi.




Wednesday, 21 October 2015

KURSUS PEMANTAPAN KUALITI KEPIMPINAN SEKOLAH


KURSUS PEMANTAPAN KUALITI KEPIMPINAN SEKOLAH-SEKOLAH YANG TELAH DIHADIRI OLEH GURU-GURU PENOLONG KANAN DAERAH SEPANG.

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK TAMAN SEROJA TELAH MENGHADIRI KURSUS TERSEBUT.



BELIAU TELAH MEMBERI TAKLIMAT DAN MENYAMPAIKAN RISALAH TENTANG KEPENTINGAN MEMBANTERAS DENGGI KEPADA PESERTA KURSUS TERSEBUT.





PARA PESERTA MENUNJUKKAN SOKONGAN TERHADAP 
PROGRAM 'DENGUE PATROL' SK TAMAN SEROJA





Tuesday, 20 October 2015

CUBA TEKA......

Sekali tengok macam sekuntum bunga. Dua kali tengok bukan bunga rupanya....hehehe. Macam pernah tengok dulu-dulu, tapi sekarang dah susah nak jumpa.


Atau, ada nama lain bagi benda ini?





....................................................................................................................................................................................................................................................................................................



Rupa-rupanya lingkaran ubat nyamuk.



Monday, 19 October 2015

JOM SAMA-SAMA

Manfaatkan cuti adik-adik dengan membantu ibu bapa membersihkan rumah. Pencegahan denggi bermula dengan menghapuskan tempat-tempat yang berisiko ke atas pembiakan nyamuk aedes. Semoga kehidupan kita akan lebih selamat dan sejahtera.



Sunday, 18 October 2015

IKON PPDa SK TAMAN SEROJA

Kami bawakan kepada anda Ikon PPDa SKTS, Jamal Jamaluddin (DJ JJ).

Terima kasih kepada beliau yang menyokong usaha Unit Denggi Sk Taman Seroja membanteras Denggi.




Saturday, 17 October 2015

INFO DENGGI

Dianggarkan lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi. Demam denggi berdarah yang merupakan janggitan denggi yang serius banyak ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika. Asia menduduki urutan pertama dalam jumlah pesakit demam denggi berdarah pada setiap tahun. Sementara itu, statistik yang dicatatan sejak tahun 1968 hingga tahun 2009 oleh World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa negara Indonesia sebagai negara dengan kes tersebut yang tertinggi di Asia Tenggara.


Berdasarkan statistik di Malaysia dari Januari hingga 20 Jun lalu, sebanyak 53,823 kes demam denggi dilaporkan berbanding 40,208 kes bagi tempoh sama tahun lalu, peningkatan sebanyak 34 peratus. Jumlah kematian yang direkodkan pula adalah 158 kes berbanding 78 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu, peningkatan sehingga 103 peratus. Malah, Malaysia dikatakan antara 10 negara endemik denggi tertinggi di dunia.


Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar. Ia merupakan suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Ianya biasa terjadi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Oleh itu, lakukan pencegahan awal agar kehidupan kita akan lebih selamat dan sejahtera.




Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Gejala denggi boleh dikesan berdasarkan rajah di bawah ini.




TULANG BELAKANG DENGUE PATROL SK TAMAN SEROJA

GURU BESAR SK TAMAN SEROJA MENYOKONG PENUH DENGUE PATROL!!!

INI GB KAMI, PN HAJAH NOREDZAN BINTI A BAKAR...


ANDA TUNGGU APA LAGI??
JOM LIKE DAN COMMENT DENGUE PATROL SK TAMAN SEROJA

Thursday, 15 October 2015

SURPRISE!!!!!

Jom kita tengok apa yang SURPRISE!!!! sangat tu.....




tadaaaaaaaa........




...........................................................................................................................................


eh....apakah ini?
costume penyamun malam????
ohhh...tidak...
pyjama?
baju PJ terbaharu sekolah?
pun bukan.........
Cuba teka?

model kita malu - malu kucing.....



tadaaaaa.....ini adalah fungsi baju - baju itu.....

Nyamuk - nyamuk comel berposing dulu sebelum beraksi untuk penggambaran video pencegahan denggi di padang sekolah...


Saksikan video mereka di 'next entry'..........
tungggguuuu....




SOKONGAN PADU RAKYAT JELATA SK TAMAN SEROJA...



JOM KITA LAYAN VIDEO SOKONGAN MURID - MURID SK TAMAN SEROJA TERHADAP PROGRAM MEMBASMI DENGGI....





MARILAH SAMA - SAMA KITA MENYOKONG 

PROGRAM MEMBASMI DENGGI...







JOM RAMAI - RAMAI LIKE DAN COMMENT DENGUE PATROL SK TAMAN SEROJA




Wednesday, 14 October 2015

PEMERIKSAAN MINGGUAN SQUAD DENGGI

Setiap minggu Squad Denggi akan membuat pemeriksaan di sekitar kawasan sekolah.




Jom kita tengok....apa yang mereka lakukan...

...........................................................................................................................................



Mengutip plastik sampah di sekitar longkang




Mengutip sampah di kawasan padang sekolah..


Membuang air dari dalam botol yang tidak digunakan...




Membuang air yang bertakung di dalam bekas...


DENGUE PETROL WITH COMMUNITY

Our mission is to enlighten our community about dengue dangerous and showing them how to prevent it properly. 

Today, Taska Ibu Kita is our choice to bring the mission.




"KESEDARAN" UPIN IPIN



Tahniah kepada LES’ COPAQUE PRODUCTION atas penghasilan karya ini…..!


UPIN IPIN SUDAH ADA 'KESEDARAN'....

ANDA BILA LAGI??????

TONTON VIDEO LAIN :
SOKONGAN PADU RAKYAT JELATA SK TAMAN SEROJA...


HIJRAH DIRI KE ZON BEBAS DENGGI

Sempena sambutan Maal Hijrah 1437H Unit Denggi Sk Taman Seroja telah menyertai Majlis Sambutan Maal Hijrah yang diadakan di Surau Taman Seroja pada 14 Oktober 2015.

Hijrah Diri ke Zon Bebas Denggi diadakan untuk meluaskan pengetahuan kepada warga penduduk Taman Seroja terhadap kepentingan membasmi nyamuk aedes dan seterusnya membasmi gejala Denggi.

Aktiviti pada hari tersebut.....

Penyampaian risalah kesedaran pencegahan Denggi kepada wakil Surau Taman Seroja..

Pn. Norasikin selaku PK HEM menyampaikan risalah kesedaran pencegahan Denggi pada hari tersebut..

Doktor Muda Sk Taman Seroja mengedarkan risalah kepada penduduk yang hadir..

Antara penduduk yang turut memeriahkan majlis tersebut...

Terima Kasih diucapkan kepada Ajk PIBG Sk Taman Seroja yang turut membantu mengedarkan risalah kesedaran pencegahan Denggi...

Barisan Doktor Muda yang membantu mengedarkan risalah kesedaran pencegahan Denggi...




AKTIVITI BERSAMA KOMUNITI :



Friday, 9 October 2015

DEMAM DENGGI

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. 


Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit. 

Pemindahan penyakit:

    • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
    • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
    • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
    • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
    • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.


Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.


Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.


Monday, 5 October 2015

PAMERAN DENGGI SEMPENA XTIVAL PPDa

PAMERAN PERANGI AEDES
ANJURAN
PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEPANG





BAHAN - BAHAN YANG DIPAMERKAN PADA HARI TERSEBUT


















PENGUNJUNG YANG INGIN TAHU DENGAN LEBIH DEKAT TENTANG DENGGI






 PENGUNJUNG CILIK YANG MENGUJUNGI GERAI PAMERAN