Gotong - Royong Denggi selalu diadakan setiap tahun. Gotong-royong ini telah diadakan pada hari Rabu pada waktu ko-kurikulum. Murid-murid diasingkan mengikut badan beruniform dan kawasan yang telah ditetapkan oleh guru yang bertugas.
Aktiviti ini dijalankan adalah untuk menanam sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid peripentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah. Aktiviti sebegini harus dilakukan bagi menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid sejak dari bangku sekolah rendah lagi.
Murid sedang membersihkan kawasan Taman Herba..
Murid sedang membersihkan kawasan Pondok Pengakap..
Murid membersihkan kawasan padang sekolah...
Murid sedang membersihkan kawasan bawah rumah guru..
Murid sedang tekun membersihkan kawasan bawah rumah guru..
..Gotong - Royong..
Apa yang penting...kerjasama...!
Murid Puteri Islam ditugaskan untuk membersihkan Surau Ar-Raihan.
Murid Puteri Islam mengemas telekung solat yang berasa di dalam Surau Ar-Raihan.
Murid Puteri Islam mengemas peralatan yang berada di dalam Surau Ar-Raihan.
Murid Puteri Islam dan Tunas Puteri bersama-sama membersihkan kawasan parking sekolah.
Murid Puteri Islam dan Tunas Puteri bersama-sama membersihkan kawasan kantin sekolah.