INFO DENGGI
Dianggarkan lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi. Demam denggi berdarah yang merupakan janggitan denggi yang serius banyak ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika. Asia menduduki urutan pertama dalam jumlah pesakit demam denggi berdarah pada setiap tahun. Sementara itu, statistik yang dicatatan sejak tahun 1968 hingga tahun 2009 oleh World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa negara Indonesia sebagai negara dengan kes tersebut yang tertinggi di Asia Tenggara.
Berdasarkan statistik di Malaysia dari Januari hingga 20 Jun lalu, sebanyak 53,823 kes demam denggi dilaporkan berbanding 40,208 kes bagi tempoh sama tahun lalu, peningkatan sebanyak 34 peratus. Jumlah kematian yang direkodkan pula adalah 158 kes berbanding 78 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu, peningkatan sehingga 103 peratus. Malah, Malaysia dikatakan antara 10 negara endemik denggi tertinggi di dunia.
Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar. Ia merupakan suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Ianya biasa terjadi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Oleh itu, lakukan pencegahan awal agar kehidupan kita akan lebih selamat dan sejahtera.
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Gejala denggi boleh dikesan berdasarkan rajah di bawah ini.
No comments:
Post a Comment